Ciast Shah Alam

Blog ini khas untuk warga CIAST Shah Alam yang berminat dengan basikal, lari dan renang.

Thursday, September 13, 2012

Penang CFAL & Thompson Trail Cameron Highland

9th Sept 2012, Sunday, 7.00am
Penang CFAL 80km round island
 


 

Thompson Trail Cameron Highland
40km offroad

 
 




Wednesday, July 11, 2012

POWERMAN 2012

Pelari jarak jauh di perlukan untuk Team Ciast ke Malakoff Powerman 2012
Team Relay Challenge
Venue tahun2 sebelum ini di Manjung telah ditukar ke Putrajaya 2012.
Jika berminat sila hubungi Zuraidy PPK, Ciast
tq
http://www.powerman.com.my/v13/

Monday, May 28, 2012

Folding bike (basikal lipat)

Boleh didapati dibanyakan kedai basikal tempatan sekarang
semakin popular dikalangan penduduk bandar di pelbagai peringkat umur berbanding basikal fixie yang kebanyakannya disukai oleh golongan remaja sahaja.
Amat mudah untuk digunakan dan selesa, selalunya digunakan untuk beriadah dan kegunaan harian ketempat kerja.
Disebabkan oleh permintaan yang tinggi, terdapat kedai-kedai khas yang dibuka untuk menjual hanya folding bike, dan juga kini sudah ada pihak yang menganjurkan acara khas untuk peminat folding bike seperti 'funride' dan 'race'







Wednesday, May 2, 2012

Kiara MTB Trail

Salah satu trail buatan mountain bike yang sangat menarik & mencabar di Malaysia/AsiaTenggara
Kerap diadakan pertandingan Mountain Bike kategori 'Cross Country' dan juga 'Downhill'
kepada yg berminat , boleh mencuba
trail boleh dimasuki melalui TTDI, Tmn Lembah Kiara atau Desa Sri Hartamas



Tuesday, February 21, 2012

Tuesday ride - Bukit Bandaraya offroad

Bukit Baandaraya offroad trail - 5km/loop

Ezzas - first time offroad with Scott Scale 60 2012..congrats..
Bkt Bandaraya Single trail - 3rd Bazooka Token XC Race Series 2011 - Intermediate trail, not for beginner...

1.5hr offroad ride/week - Level 1 to built up ur offroad/uphill/downhill skill.

Sunday, February 19, 2012

Kayuhan Mega Hot FM - Shah Alam

Kayuhan Mega Hot FM di Shah Alam, pada 19th Feb 2012, Ahad, 8.00am,
kayuhan sekitar Shah Alam



'Kayuh Untuk Kesihatan'

Monday, February 13, 2012

Sesi infobike CIAST 1 & 2

Salam,
Terima kasih kepada ahli-ahli yang telah mendaftar untuk menjadi ahli CIAST Cycling Club,
Sukacita dimaklumkan satu sesi infobike akan diadakan untuk ahli kelab dan warga ciast yang berminat, iaitu penerangan asas tentang basikal dan peralatan.
Tarikh : 15hb Feb, Rabu &
Masa : 4.00pm

Tarikh : 16 hb Feb, Khamis
Masa : 5.00pm

Tempat : CIAST

PIC : En. Imalistyahusnanjaya B Mat Hussin



'Kayuh untuk Kesihatan'

Weekend ride

Taman Botanic Negara Shah Alam
11th Feb 2012
8.00am-10.00am

Pn. Mazni Osman ...



'Kayuh Untuk Kesihatan'

Thursday, February 9, 2012

Fraser Hill

Fraser Hill adalah salah satu destinasi pilihan peminat-peminat basikal sekitar lembah klang selain Taman Botanic Shah Alam, FRIM Kepong, Bukit Kiara, Kemensah, Taman Cabaran Putrajaya, Broga dan lain2.
Jarak kayuhan +-45km jalanraya dari Kuala Kubu Baru ke Fraser Hill mengambil masa selama 3 jam bagi pengayuh beginner, dan 2 jam bagi pengayuh pertengahan.

35km KKB ke Gap jalan berbukit

Laluan 9km terakhir dari gap ke puncak agak curam tetapi masih boleh kayuh walaupun beginner.

'Kayuh Untuk Kesihatan'

Tuesday, February 7, 2012

Taman Botani Negara Shah Alam (Bukit Cerakah)

Kepada warga CIAST yang ingin berkayuh santai, bolehlah ke Taman Botani Negara Shah Alam.
http://www.tbnsa.gov.my
Taman ini amat sesuai untuk melakukan aktiviti riadah berbasikal, samada basikal sendiri atau basikal yang disewa dari pihak taman botani.

Info untuk aktiviti berbasikal di taman ini :
- Dibuka setiap Selasa - Ahad 8.30am - 4.30pm
- Isnin tutup
- Bayaran masuk RM3
- Bayaran masuk basikal persendirian : percuma
- Sewa basikal : RM5/jam
- Jarak kayuhan untuk satu pusingan penuh : 15km jalan tar berbukit.
- Dinasihatkan memakai helmet semasa kayuhan

Puncak paling tinggi : Bukit Sapu Tangan




Maklumat tambahan : Kayuhan santai sekitar Putrajaya , Anjuran Perbadanan Putrajaya.

Penyertaan adalah percuma, semua warga CIAST yang berminat dijemput menyertainya.

Semua jenis basikal dan peringkat umur dibenarkan.



'KAYUH UNTUK KESIHATAN'


By : Husnanjaya , CiastCyclingClub

Wednesday, January 25, 2012

Kebaikan berbasikal

Terdapat beberapa kebaikan berbasikal yang diambil daripada beberapa blog pakar kesihatan.
1. Kaedah senaman kedua terbaik selepas renang, tidak mempunyai impak kepada otot dan sendi.
2. Antara aktiviti yang paling mudah dilakukan dan menyeronokkan jika bersama kawan-kawan dan keluarga.
3. Mengurangkan berat badan secara sihat.
4. Menguatkan otot dan jantung.
5. Meningkatkan stamina.
6. Menghilang/mengurangkan tekanan/stress.

"Kayuh Untuk Kesihatan"

Selamat Datang

Nama rasmi yang dipohon dan didaftarkan : Kelab Sukan dan Rekreasi Basikal CIAST.
Penaung : Tn. Hj Ghazlan B Ghazali
Pengerusi : En. Imalistyahusnanjaya B Mat Hussin
Setiausaha : En. Mohd Ezzas B Abu Bakar

Keahlian terbuka kepada semua warga CIAST.

Aktiviti :
kayuhan mingguan Selasa petang & Sabtu pagi.

"KAYUH UNTUK KESIHATAN"